MaDah HaTiKu

MaRi PerPantun

Kayu jati hiasan dalam
Paku gambar dekat dinding
Merana hati semakin mendalam
Nak cari penawar sebagai peninding

Hendak ditangis tiada guna
Kelak luka meracun diri
Hendak kulari tak tahu kemana
Hanya takut bayangan sendiri

Berangan dibawa ke Ulu Langat
Singgah sebentar di Bagan Lalang
Jangan amalkan selalu sangat
Tuan dikhuatiri sama menghilang


********

Tabung diukir cara terkini
Gemar puteri tidak terperi
Tolong tafsirkan mimpiku ini
Sicamar biru menyerah diri

mawar mewangi seharum kasturi
unggas keriangan hinggap di jeti
mengapa ditagih orang tak sudi
kelak binasa tanggung di hati.

ambil angin di padang kota
tempat orang tangkap memerang
Jangan gusar hilang di mata
asal di hati tak pernah kurang 

Pantai Ukir di Inderagiri
tempat tinggal Temenggong Jugah
Bila sicamar menyerah diri
kena lah siap sarang yang indah
 
hijau kuning daun keladi
lebat tumbuh nya di tepi lurah
jika dah tau orang tak sudi
tukar haluan palingkan arah

mawar mewangi harum semesta
berkembang mekar tiupan asmara
apa diharap pada cinta
jika di hati tiada gelora...

uda dara diulik asmara
alam ria indah suasana
jika di hati tiada gelora
cinta pun pudar, sayang tak bermakna....

harum teluki menggetar jiwa,
perasaan indah berlabuh asmara,
jika sayang tidak bermakna,
bisakah hilang sengsara miliknya...

jika di hati tiada gelora,
cinta pun pudar, sayang tak bermakna,
dalam hati terasa sengsara
mengenang cinta tidak kesampaian akhirnya...


jangan disentuh mawar berduri
kelak berdarah jarimu itu
jangan ditangisi nasib diri
sabarlah menanti cinta yang satu...

Air mata jatuh berlinang
Filem Bollywood tinggalkan kesan
Kau tenang aku pun senang
Gembira hati bersama kalian

Manisnya mulut kerana gula
Kerana mulut juga badan binasa
Tidak bersua didepan mata
Tapi dihati dekat terasa